Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni kami Geng Outdoor Subang Jaya, telah selamat ber hiking di Bukit Saga, Ampang. Pada asalnya kami plan n...
-
Assalamualaikum wbt... Di Malaysia tudung adalah satu jenis aksesori fesyen Muslimah yang sangat popular. Ini kerana sudah menjadi ...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
04 Disember 2023
Cerita Tentang Hati ( Yang Busuk )
05 November 2023
Jam Lama
Sesuatu yang cukup bermakna, saya copy & paste untuk tatapan semua!!
#sharingiscaring
Seorang lelaki sebelum beliau meninggal dunia, berkata kepada anaknya,"Jam ini datuk kamu beri kepada ayah dan berumur lebih 200 tahun. Sebelum ayah beri kepada kamu, sila ke kedai jam di Jalan Utama dan beritahu kepada tauke tu yang kamu mahu jual jam itu dan tanya berapa harga yang tauke itu boleh tawarkan".
Lalu si anak pun pergi. Selepas beberapa minit, dia pun kembali kepada ayahnya dan berkata, "Tauke itu hanya tawarkan RM5 sahaja sebab jam itu sudah lama dan banyak calar".
Kemudian, ayah menyuruh anaknya ke kedai kopi pula.
Si anak pun ke kedai kopi itu dan selang beberapa jam, dia kembali dan berkata:"Tauke kedai tu dapat tawarkan RM5, ayah".
Kemudian ayahnya berkata, "Pergilah ke muzium dan tunjukkanlah jam tersebut".
Lalu si anak pun ke muzium dan balik bertemu ayahnya dengan hati yang gembira dan berkata kepada ayahnya, "Mereka tawarkan jam ini dengan harga sejuta ringgit!"
Ayahnya seraya berkata," Ayah hanya mahu kamu tahu, apabila engkau berada di tempat yang betul, engkau akan dinilai dengan baik dan adil. Oleh itu, jangan sesekali letakkan diri kamu di tempat yang salah kerana di situ kamu akan dilayan seperti sampah. Hanya mereka yang tahu menghargai kamu sahaja akan tahu bahawa kamu seorang yang bernilai. Ingat, jangan biarkan diri kamu terlalu lama di tempat yang tidak pernah menghargai kamu meskipun kamu telah sentiasa melakukan yang terbaik.
28 Oktober 2023
Himpunan Basikal Lipat Malaysia @ Iskandar Puteri, Johor.
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah kali ni aku dapat join Himpunan Basikal Lipat Malaysia... Kalau tahun lepas buat kat Ampang, tahun ni buat kat Johor.. Lagipun ni memang tarikh aku balik kampung, so aku sempat la mendaftar walaupun nyaris terlepas due date.
Korang bayangkanlah, dah berapa lama aku tak bersukan. Siang kerja hakiki, malam aku membaking sampaikan weekend pun jadual aku dipenuhi dengan membaking. Tak ada langsung masa untuk bersukan padahal aku ada je threadmill kat rumah. Tapi itu la... bila ada masa senggang sikit, itulah dia masa untuk aku berehat sampaikan rumah pun dah macam tongkang pecah dah. tak ada masa untuk mengemas, setakat sapu2 habuk jer yang sempat.
Tapi untuk kali ni, aku cuba juga curi masa untuk join aktiviti sihat macam ni.. Alaaa, Bukan selalu pun... Itupun sehari sebelum program baru aku dapat balik kampung, sampai kampung terus bawak basikal aku yang dah bertahun terperam tu, pergi servis. Siap tukar tayar baru lagi, risau dia buat hal kat tengah jalan.
Setel servis basikal, aku terus minta anak-anak bersiap.. asben aku balik kerja terus aku ajak dia pergi Iskandar Puteri, dok homestay kat sana sebab aku risau pagi esok terlewat sampai sana... anak-anak memang happy la bila dengar tidur homestay.. Alhamdulillah aku dapat book homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan.
Esoknya dengan semangat waja, pagi-pagi lagi asben aku dah hantar aku kat sana. Bersemangat sungguh aku nak mengayuh, tanpa aku sedar yang aku ni dah lama tak bersukan.. stamina pun takder. Semangat pun awal-awal jer itu pun sebab dapat tau banyak betul hadiah cabutan bertuah yang penganjur sediakan. Padahal bukan aku tak tau, yang aku ni memang jenis yang tak pernah bertuah, kecuali masa aku tengah mengandung (pernah tiga kali aku dapat cabutan bertuah masa mengandungkan si Arissa dulu)
Masa awal mengayuh tu, aku tetiba terlupa macam mana nak tukar gear.. hahahaha adoila aku rasa kelakar sangat.. malu pun ada.. nampak sangat macam basikal pinjam padahal tu memang basikal aku.. cuma disebabkan dah lama tak guna, aku pun dah lupa macamana nak handle gear tu. ramai hoiii yang tegur pasal gear aku tu.. last2 aku tebalkan muka tanya salah sorang brader yang tegur aku tu, camana nak tukarkan semula gear tu.. hahah.. baru la aku rasa selesa untuk mengayuh..
06 Oktober 2023
Status Blog #129
Assalamualaikum wbt..
Sekuat mana pun kita, mampukah bertahan selamanya?
#pjj #doayangbaikbaik
31 Ogos 2023
Riang Ria Cuti Sekolah : Camping Kampung
Assalamualaikum wbt..
Aktiviti cuti sekolah kali ni, kami camping kat sebelah rumah jer.. buat raso-raso.
14 Mei 2023
Cuti - Cuti Malaysia : Rumah Sungai Bonda Rozita, Batang Kali Selangor
Assalamualaikum wbt
Kali ni aku, Yatz, Tini, Ila dan Puan Ainon ke Rumah Sungai Bonda Rozita di Batang Kali, Selangor. Selepas Aku ikut program anjuran PERKEP IPD Subang yang lepas, memang aku dan tini dah berazam untuk ajak geng2 aku yang lain until bermalam disini. Alhamdulillah Mei aritu kami book, dan inilah masa untuk kami healing di Rumah Sungai Bonda Rozita. Kami memang suka main air, sebab tu kami pilih Rumah Sungai berbanding Rumah Hutan.
![]() |
Tengahari kami gerak dari Subang... Kali ni aku minta Tini yang drive, sebab aku nak duduk sebelah. |
![]() |
Sampai lebih kurang jam 2 lebih |
![]() |
Rumah Hutan.. tapi kami tak stay kat sini |
![]() |
Kami akan naik powil yang disediakan untuk ke Rumah Sungai. |
![]() |
persediaan untuk barbecue malam ni |
![]() |
Kami Stay di Rumah Kayu Kg Bubinga.. Rumah Teratai |
![]() |
Petang masa kami mandi sungai, tiba-tiba air sungai deras. Tanpa kami sedar rupanya paras air dah makin tinggi.. paşandan selipar keduanya ni dah hilang dibawa arus.. |
Sebenarnya banyak gambar yang kami ambil kat sana. InshaaAllah nanti aku update kemudian.