Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Assalamualaikum wbt Percutian kali ni aku dan geng (Yatz, Ila, Kak Ina) memilih untuk ke Cameron Highland. Berikut serba sedikit tentang ak...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni dimulakan dengan majlis perasmian Persada Inovasi. Jam 8 pagi kami dah berkumpul kat dewan. Mata mengantu...
-
Assalamualaikum wbt... Ni cerita semalam... entah camana aku boleh terjerumus dalam game futsal ni. Main futsal tu memanglah pernah, tap...
-
Assalamualaikum wbt... Sabtu lepas, 26 Mei 2012 telah diadakan Kejohanan Futsal Piala KPD Subang Jaya. Dalam demam dan batuk yang tak su...
-
Assalamualaikum wbt.. Lama tak menulis, tapi malam ni aku terpanggil untuk tulis sesuatu.. Aku dah tinggalkan jabatan lama dan bertugas ke ...
-
Assalamualaikum wbt... Aduh.. ni lah masalahnya kalau 'rajin' sangat update blog... rasanya kejadian ni dah dekat sebulan dah...
-
Assalamualaikum wbt.. Sebenarnya aku tak pernah pun terfikir nak panjat Gunung Kerinci yang terletak di Jambi, Sumatera yang mempunya...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
25 November 2018
20 November 2018
Hiking @ Bukit Kepayang
Assalamualaikum wbt...
Sayang, aku mabuk kepayang!
Ohoiiii!
Ok2.. Kali ni hiking geli2 kat Bukit Kepayang pulak.. Tahun ni memang pilihan bukit2 jer.. kalau gunung pun, gunung yang rendah jer. Boleh bawak bincang.
Bukit Kepayang ni treknya senang sangat. Yang tak senangnya, belum start hiking aku dah tak tahan nak terkucil. Terpaksa la aku menapak dalam 500meter untuk cari tandas. Nasib baik la ada kawasan perumahan Kepayang Height 2 kalau tak salah aku namanya, kat situlah aku tumpang tandas guard house diorang. Nasib baik melayu yang jaga bukan abanglaaa...
![]() |
| Aje teruk muka orang tak cukup tido + takder langsung bedak nak tepek kat muka. |
![]() |
| Kat sini kena guna tali... tapi takder la mencabar sangat... biasa jer so korang jangan risau... |
Kejap je dah sampai puncak sebenarnya... Dalam beberapa minit jer cuma kami ni kalau boleh setiap tempat nak berhenti untuk bergambar. Itu adalah normal bagi kami.
haha!
![]() |
| Jadi pengayuh basikal Grab, demi mencari sesuap nasi untuk kesinambungan hidup yang lebih cemerlang, gemilang dan temberang... |
![]() |
| lai lai sapa nak booking basikal grab ni boleh install dulu aplikasi Grab. |
![]() |
| Port sesuai untuk membawang bagi makcik-makcik bawang... |
![]() |
| Mengenang nasib diri... sendirian di perantauan... |
Alah. Yang lain-lain tu semua gambar syok sendiri. Acah-acah anggota kumpulan penyanyi wanita hip hop kpop baru nak naik... bagi chance laaa...
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya
01 November 2018
Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2018
Assalamualaikum wbt...
Baru nak update cerita pasal Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2018 yang berlangsung di Shah Alam (walaupun tahun ni penganjur adalah IPD Sepang) pada 28 - 31 Oktober 2018.
Tahniah buat IPD Shah Alam yang sapu bersih dua-dua kategori lelaki dan wanita, serta pembawa sepanduk (pelikat) terbaik.
Ni aku masukkan la sikit-sikit gambar dari training, friendly match dengan hari game sekali dalam satu entry....
![]() |
| Alhamdulillah rezeki aku kali ni... ada orang sponsor aku dua pasang kasut. Syukur... syukur Alhamdulillah... |
Categories
Bola Tampar,
Sukan
Langgan:
Ulasan (Atom)

















































