Dalia Binti Hassan
Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Assalamualaikum wbt Percutian kali ni aku dan geng (Yatz, Ila, Kak Ina) memilih untuk ke Cameron Highland. Berikut serba sedikit tentang ak...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni dimulakan dengan majlis perasmian Persada Inovasi. Jam 8 pagi kami dah berkumpul kat dewan. Mata mengantu...
-
Assalamualaikum wbt... Ni cerita semalam... entah camana aku boleh terjerumus dalam game futsal ni. Main futsal tu memanglah pernah, tap...
-
Assalamualaikum wbt... Sabtu lepas, 26 Mei 2012 telah diadakan Kejohanan Futsal Piala KPD Subang Jaya. Dalam demam dan batuk yang tak su...
-
Assalamualaikum wbt.. Lama tak menulis, tapi malam ni aku terpanggil untuk tulis sesuatu.. Aku dah tinggalkan jabatan lama dan bertugas ke ...
-
Assalamualaikum wbt... Aduh.. ni lah masalahnya kalau 'rajin' sangat update blog... rasanya kejadian ni dah dekat sebulan dah...
-
Assalamualaikum wbt.. Sebenarnya aku tak pernah pun terfikir nak panjat Gunung Kerinci yang terletak di Jambi, Sumatera yang mempunya...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
06 April 2018
Puisi : Kerdilnya Aku
Kerdilnya aku
Dalam suram
kusapa malam,
Senyap dan
gelap,
Kau diam
tanpa jawapan,
Ku pejam
mataku namun
sukar
untuk aku lelapkan..
Pandanganku
terarah ke langit,
Merenung
jauh...
Jauh
menembusi cakerawala,
Kosong dan
gelita...
Dimanakah
mereka?
Bintang-bintang
yang tidak bekerlipan,
Rembulan pula
menyembunyikan wajah,
Enggan
bersalam.
Dan aku terlena
tanpa sebarang jawapan...
Tatkala
mentari menampakkan wajah,
Serinya
sukar untuk aku gambarkan..
Burung-burung
berterbangan riang,
Mengalunkan
kicauan lagu merdu..
Pepohon
segar menghijau,
Membuat aku kembali terpaku...
Di puncak
gunung ini,
Di satu
daerah tua yang terpencil,
Segala
terbentang di depan mata,
Luas....
Nun jauh di
bawah sana kulihat
Rumah agam
bagaikan tiada.
Hampir
hilang dari pandangan,
Ditelan
kabut-kabut lembut.
Betapa
hebat kekuasaanMu Ya Rabbi
Kau hadirkan
pesona indah setelah
Kau
munculkan kegelapan.
Kerdilnya
aku dibumi ini,
Menikmati
segala yang kau kurniakan,
Sujud dan
syukur takkan ku lupakan,
Amanah
diberi takkan ku abaikan,
Kubiarkan
sebati dalam amalan.
Kerana
Akhirat itu
sangat nyata,
Bagi hati
yang tidak buta.
~ Bukan Sang Pujangga ~
Dalia Binti Hassan
Dalia Binti Hassan
6 April 2018 @ 6.58pm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan