Sahabat

Halaman

30 Disember 2017

Awas : Eco Shop RM2

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 30, 2017

Assalamualaikum wbt....

Korang pernah tak masuk Eco Shop kedai RM2 tu? Bagi sesiapa yang belum pernah masuk, aku nasihatkan kalau iman korang tak kuat, baik jangan masuk. Bukan apa, aku takut nanti korang jadi macam aku... rambang mata. haishhhhhh! 4 hari balik kampung kat Johor, 3 hari berturut2 aku masuk Eco Shop ni... rabak wallet weh.. rabak....

Kadang-kadang ada jugak aku terfikir, ada untung ke diorang jual murah2 ni? Semua jenis barang RM2.12.. baldi, rak pinggan, kerongsang, botol air, jug, mug, hanger, mainan kanak2, stationeries, barang2 hardware, jajan.. eh.. macam2 lagilah... pendek kata, semua keperluan ada kat sana. semuanya RM2.12 setiap barang.

Satu lagi, paling lemah kalau bawak anak2 aku tu. Baik si kakak atau si adik... sama naik dengan mama dia ni kalau ambik barang. Sedar2 bakul dah penuh. Alahai... nasib baik la RM2.12 jerrrrr...

Tapi apa yang aku puji kat Eco Shop ni, diorang berani jual barang2 semurah ni. Mungkin keuntungan setiap barang tu tak sebesar mana, tapi sales volume diorang sangat besar. Setiap kali aku pergi kedai ni walaupun aku datang pada hari bekerja, tak pernah yang tak beratur panjang kat cashier tu walhal 3 kaunter yang di buka (biasa aku masuk eco shop Segamat dan Kota Tinggi, Johor). Sesuai dengan motto diorang, SEKALI DATANG PASTI KEMBALI. Dan aku memang dah berkali2 kembali.... rindu. hahaha





Beli sekali pasti kembali... ya. memang sesuai sebab memang aku dah berkali2 kembali ke sini..

Lambat sangat tunggu asben aku beratur nak bayar... so aku lepak dalam kereta dulu... rezeki aku dapat parking ngam2 depan eco shop ni... first time dapat park sini. haha!

Kalau korang follow Gen Halilintar dari Indonesia yang mempunyai followers lebih 1 Juta, mesti korang tau keunikan keluarga ni yang terdiri daripada ibu, ayah dan 11 orang anak yang berbakat. Mereka pun kalau ke Malaysia (kerap ke Msia kerana mempunyai perniagaan disini), akan singgah ke Eco Shop ni. Jomlah kita tengok review ecoshop ni dari Ibu Gen dan Pak Halilintar...


Okla. Ni jer aku nak kongsi buat korang yang belum pernah masuk eco shop ni lagi. Kalau nak usha website diorang dan nak tau kat mana lagi ada cawangan eco shop ni, boleh layari website diorang kat http://www.welcome.eco-shop.com.my/ ...

Happy shopping uollss!!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review