Sahabat

Halaman

01 Mei 2016

Ladies Night PERKEP Selangor

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 01, 2016

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita Jumaat lepas.. Ladies Night PERKEP Kontinjen Selangor. Walaupun masa tu aku tengah bercuti seminggu, tapi aku pergi juga sebab lama juga aku tak join aktiviti2 PERKEP ni (alasan.. haha)

Tema malam tu : Bollywood... tapi dia tak tekankan sangat, asalkan bersesuaian... mula2 aku ingat nak pakai jubah jer, tapi aku tukar fikiran saat2 akhir. Cuma aku tak sempat nak pakai inas dan beli sikit aksesori. jadi kosong jer la... takper la.. yang penting aku kenyang... (ceh! diet konon)

Jom tengok gambar2 kat bawah ni.. tak banyak sangat... asalkan ada...






Malaywood... nak turun sawah... 

ni bukan macam bollywood... ni dah macam malaywood... orang kampung yang nak pergi ke sawah... hai! lantaklah labu.. janji aku makan kenyang walaupun bollywood aku tak menjadi... haha!
selfie ngan Diana...


dengan Kak Ros dari IPD Kajang kalau tak salah aku... baru jer kenal dia sebenarnya... borak2 ngan dia masa tunggu satay siap... dia plak peramah... selfie la apalagi..
Alhamdulillah... dapat lagi cabutan bertuah..
bergambar dengan pengerusi PERKEP Subang Jaya.. Puan Naim. (sila abaikan penampakan perut buncit aku itu)



bollywood yang tak berapa menjadi... last minute punya keje.. nak pakai inai pun tak sempat... aksesori pun xda.. jumpa brooch ni, bolehlaaaaa pakai jap untuk bergambar. haha!

tak sempat nak berborak dengan sepupu aku Herffa (baju kuning tengah2 tu).. sempat cucuk pinggang dia jer, itupun masa aku nak pergi ambik hadiah cabutan bertuah... kebetulan dia ada kat tepi meja tu... dan jangan ditanya kenapa dia kurus tinggi aku gemuk pendek. ko tanya, aku tumbuk! haha!

p/s : sorry epa!! aku curik gambo ko kat fb!! haha!

Persembahan tarian Bollywood dari PERKEP IPD Subang Jaya... almaklumlah henpon tak berapa canggih, so gambar pun tak berapa clear...


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review