Sahabat

Halaman

15 Mac 2016

Majlis Serah Terima Tugas KPD Subang Jaya

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 15, 2016
Petikan : FB Polis Selangor
Gambar : E-Gallery PDRM
SUBANG JAYA, 15 Mac - Penolong Pengarah D2 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , ACP Mohammad Azlin bin Hj. Sadari dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya yang baharu berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan SAC Yahaya bin Ramli yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Majlis serah terima tugas telah berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya itu telah disaksikan oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Abdul Samah bin Hj. Mat.
Ketua Polis Selangor dalam ucapannya, dengan penyerahan jawatan baru kepada ACP Mohammad Azlin diharap beliau dapat meneruskan kecemerlangan prestasi dan strategi yang telah disusun. “Selain itu, dalam kita hendak tentukan kejayaan, semua ini banyak bergantung kepada warga kerja dan modal insan dari peringkat bawah ke atas supaya mereka dapat beri komitmen baik agar apa yang kita rencanakan dapat berlangsung dengan lebih berkesan serta bermotivasi,” katanya.
Turut diadakan Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Daerah Subang Jaya diantara Puan Juliana bt Othman dan Puan Noor Nazatun Naim bt Mohd Yusof yang baru dengan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi PERKEP Selangor, Datin Anikah bt Othman .
Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Abdul Rahim bin Jaafar, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, SAC Zainuddin bin Mohd Tahir, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah.



Cik Samsun dan Puan Najah




Bacaan doa dari Nazrul

Tuan Yahaya dan Tuan Azlin











Puan Juliana, mantan pengerusi PERKEP.

Puan Naim, pengerusi PERKEP Subang Jaya yang baru...

tersenyum manis KBKA.. Tuan Azman

barisan pegawai kanan



orang kuat trafik.. Tuan Qushairi, Tuan Mahadi dan Tuan Naseer























Dalia : sebenarnya memang sedih bila Tuan Yahaya bertukar ke IPK Johor.. susah nak dapat bos macam dia. Faham orang bawahan dia. Seorang yang humble tapi tegas, kelakar, suka menyakat, senang berurusan dan macam2 la. Ini yang membuatkan kami akan sentiasa ingat dan rindu pada dia. Teringat pada Mesyuarat Agung Kelab Polis Jumaat lepas. Lepas habis meeting dan sesi bergambar, aku sibuk berborak dengan Kak Sariha. Tetiba dia datang kat aku, lepuk sebelah kiri bahu aku dengan fail yang dia pegang. Lepas dia lepuk aku, dia lari sambil gelak2. Aduhai tuan.... Mesti saya rindu dengan gurauan tuan tu. Kenangan tuan bersama kami di IPD Subang Jaya ni memang takkan kami lupakan sampai bila2. Terima kasih tuan kerana pernah menjadi bos yang baik bagi kami warga IPD Subang Jaya. Terima kasih dan Selamat Maju Jaya Tuan!

kenangan dengan Tuan Yahaya masa hiking kat Bukit Gasing. Hari yang sama, selepas abis hiking baru dapat berita tentang kenaikan pangkat dan pertukaran beliau. Gembira kerana dia dinaikkan pangkat, sedih kerana dia akan meninggalkan IPD Subang Jaya.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review