Sahabat

Halaman

03 November 2014

AF2014 : Azwan Tak Patut Tersingkir!

By Dalia Hassan at Isnin, November 03, 2014
Assalamualaikum wbt...

Terus terang aku cakap, malam tadi sebenarnya kali pertama aku tengok konsert AF2014 ni.. sebelum ni ada jugak aku dengar kawan2 bercerita pasal AF2014 ni, tapi aku tak pernah ambil pusing...

Malam tadi aku tengok dari awal sampai akhir konsert ke 9. Tetiba je rasa macam nak jadi pengkritik.Bukan pengkritik kepada pelajar, tapi pengkritik kepada AF2014 itu sendiri..

Sumber  Gambar : Pakcik Google
Apa yang aku tahu, kedudukan peserta dalam Akademi Fantasia ditentukan oleh afundi yang diterima daripada orang ramai yang mengundi kepada pelajar pilihan mereka. Tak kiralah undi itu adalah dari keluarga, saudara mara, sahabat handai mahupun peminat mereka sendiri. Dari mana undian itu datang bukan isunya, tapi jumlah undian yang diterima itu yang harus diambil kira oleh Astro kerana setiap undian itu sangat bermakna buat mereka.

Pada pendapat aku, kalau AF2014 perlukan 5 orang pelajar untuk ke final, dah cukup dah pun pelajarnya. Tak perlu singkirkan Azwan dan masukkan Adel yang diserap diatas keputusan tenaga pengajar dan pihak fakulti. Harus diingat, ini adalah Akademi Fantasia. Segalanya melalui undian. Apa gunanya membazirkan wang ringgit untuk membuat undian jika tenaga pengajar dan pihak fakulti boleh sewenangnya membuat keputusan. Singkirkan pelajar yang mempunyai undian tinggi, kemudian gantikan dengan pelajar yang telah tersingkir. Tak adil rasanya..

Pada aku,walau seteruk mana pun nyanyian Azwan dan sebagus mana pun nyanyian Adel, kita terpaksa akur pada undian. Adel dah tersingkir pada minggu ke tujuh. Itu adalah kenyataan yang harus diterima. Mungkin betul dia berbakat besar. Tapi haruskah Azwan dan pengundi2 Azwan menjadi mangsa keadaan? Kalau mahukan pelajar yang benar2 berkualiti untuk ke final, kenapa tak wujudkan juri professional jer. Senang. Tak perlu peminat berhabis duit untuk mengundi. Tak perlu berat sebelah...tak perlu menganiaya mereka.. tak perlu menipu mereka..

Singkirkan Azwan tanpa AF Serap. Empat finalis bertanding di konsert akhir.. Itu lebih adil sebenarnya..

Entahlah. Aku ni mungkin tak layak untuk membuat kritikan. Maaf jika kita bercanggah pendapat. Tapi aku hanya meluahkan pendapat aku saja.. apa yang bermain di fikiran aku, itulah yang aku luahkan... apa yang pasti, inilah konsert AF2014 yang pertama dan terakhir aku tengok.

Buat Azwan, semoga anda berjaya diluar sana. In Shaa Allah.

Sekian.

Update 10/11/2014

* Ermm... dengar cerita Adel dapat tempat kelima. See. Kan aku dah cakap. Walau macamana bagus pun Adel, kalau peminat tak Afundi, tak menang juga. Tak perlu diserap (diserap melalui pemilihan oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti) kerana diluar sana peluangnya amat cerah. Tak perlu rampas hak Azwan yang sememangnya telah ditentukan oleh pengundi. Azwan yang berhak berada dikedudukan 5 teratas, bukan Adel. Harap tenaga pengajar dan pihak fakulti jangan ambik remeh perkara ni. Untuk AF akan datang (kalau ada), silalah lantik juri professional. Tak perlu lagi kaut keuntungan dengan cara macam tu. Tak berkat!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review