Sahabat

Halaman

26 November 2022

Hari Lahir Mak ke 74 Tahun

By Dalia Hassan at Sabtu, November 26, 2022 0 comments

Assalamualaikum wbt

Semalam 25.11 adalah hari lahir mak yang ke 74.. Alhamdulillah mak masih sihat dan semoga mak dan abah sentiasa sihat dibawah lindungan Allah s.w.t ...

Semalam lepas kerja, aku terus pecut balik le Segamat sorang2. Dan kami telah sepakat adik beradik untuk balik, tanpa bagitau mak.. mak dah pesan awal2, tahun ni mak taknak hadiah hari lahir. Tapi mak tak cakap pun anak2 tak boleh balik. Tu yang kami pakat2 balik dan buat jamuan kecil. Abg aku yang kerja kat Miri je tak dapat balik kali ni. Tak apalah.. sebab dia antara penyumbang besar duit makan kami malam tadi.. Alhamdulillah.







Dan hari ni, aku dan kak Ani bawak mak ke Melaka.. 





 Semoga mak, Hjh Jamilah Binti Rajikin dan abah, Hj Hassan Bin Hj Mohamad dikurniakan kesihatan yang baik, dijauhkan dari segala penyakit dan di panjangkan umur InshaaAllah... 


Kami sayang mak dan abah! ♥️🥰

20 Februari 2022

Denai Kabus

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 20, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt..


Sekitar jalan-jalan cari makan geng kami ke Denai Kabus Agro Farm & Adventure Park, Resort & Camping, Gerik, Perak, Malaysia

Macam biasa meeting point kami di IPDSJ



Apa-apa singgah sarapan dulu.. kalau perut lapar, nak drive pun tak boleh fokus...



Lauk yang sentiasa menjadi idaman.. Gulai daging batang pisang... Makanan kampung macam ni pun dapat buatkan kami rasa gembira yang amat

Sedap hoiiiii... Tak cukup rasa.. haha

pun sedap...


syahdu

entahlah nak suruh aku amikkan gambar macam ni la jadinya

bilik aku dengan Tini.. asalnya nak ambik khemah je tapi bila fikir-fikir balik, ambik bilik la terus.. dah aang-alang kan...


yang memancing sorang jer, tapi yang meneman ramai.. sambil bagi kata-kata semangat

damai..











masa ambil gambar salah mode.. camni la jadinya

Makan malam



bilik kami dari arah tempat makan



Makan malam








netul-betul berkabus sampai mata aku pun tertutup


fuhhhh

Sarapan...

ngam


Lama dah tak tengok mesin proses getah sekerap ni. Dulu kat kampung aku kat Kg Kuing Patah, Buluh Kasap Segamat ada mesin macam ni.. sekarang dah tak ada dah.. tu bila jumpa kat sini agak teruja sikit



tergelak-gelak bila ikan gigit kaki.. dengan harapan abis semua sel2 kulit yang mati tu dia makan... licin sikit kaki..

Masa nak naik kayak ni memang berdoa sangat supaya kayak ni tak terbalik disebabkan tak dapat menampung kapasiti berat badan aku yang terlebih muatan ni.. Fuh mujur selamat.










happy member ni dapat tangkap anak ikan... 

hello... awak ni cantiklaaaa...

Bakal jadi produk pakmat western ni...




Sekian jer la yang mampu aku tulis.. Almaklumlah... pergi awal tahun 2022.. tahun 2025 baru sibuk nak menulis.. memang banyak la yang tak ingat...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


18 Februari 2022

Luahan Rasa

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 18, 2022 2 comments

 






PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review