Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt Jumaat : 12/06/2020 PKP / MCO : Hari Ke-87 Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku di...
-
Assalamualaikum wbt.. Aktiviti cuti sekolah kali ni, kami camping kat sebelah rumah jer.. buat raso-raso.
-
Macam ni lah gayanya. Khamis nak exam Selasa malam baru sibuk nak bukak buku. Pastu sibuk pulak menghadap whatsapp dan facebook. Tak cukup...
-
Assalamualaikum wbt... Simpan sini untuk kenangan dan hadir bagi program literasi kewangan kepada penjawat awam. Memang saja aku bagi nama u...
-
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam be...
-
Apa itu AIO Cloth Diapers ? Jenis CD ini adalah CD paling mudah dipakaikan pada bayi anda kerana ia tidak mempunyai poket...
-
Assalamualaikum wbt.. Ni cerita 1/5/2017... malam sebelumnya kami gerak dari homestay Paiman lebih kurang jam 8 menuju ke Airport Pa...
-
Assalamualaikum wbt... Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
04 Februari 2017
29 Januari 2017
21 Januari 2017
Abseiling @ Sungai Pisang, Gombak
Assalamualaikum wbt
Aktiviti : Water Abseiling
Lokasi : Air Terjun Sungai Pisang, Gombak
Tarikh : 21 Januari 2017
Sebenarnya kalau ikutkan tarikh ni, plan asal aku nak pergi panjat Gunung Baling. Tapi disebabkan oleh terpengaruh dengan geng2 yang lain nak pergi buat water abseiling ni, akhirnya aku terpengaruh jugak. Takperla... Gunung Baling tu akan menyusul kemudian, tapi tak tahu bila.. hehe
Kami tiba ke starting point di Gombak lebih kurang jam 6.40am setelah singgah di Petronas untuk Solat Subuh. Sementara tunggu peserta lain kami bersarapan dulu di warung depan institut memandu SKEM.
Dari starting point nak ke Sungai Pisang memerlukan kami untuk trekking antara 25 - 45 minit bergantung kepada pace masing2. Memandangkan kami ni wanita2 yang setiap tempat nak berhenti untuk bergambar, maka perjalanan menjadi lebih lama dari yang sepatutnya... *wink wink
Sampai ke air terjun, kami sibuk dengan kamera masing2. Haha... Bukan apa, sengaja isi masa sementara organizer setup semua untuk memulakan aktiviti. Bila semua dah siap, kami pulak takut2 nak buat, tak nak jadi orang yang terawal. Lepastu menyesal sebab bila masing2 dah bertenang, semua nak buat cepat. Hahaha.. Akhirnya aku n the gang jadi antara orang yang terakhir sekali. Takper la.. takder hal pun.. cuma perut jer lapar ya amat.
![]() |
| Wefie... acara wajib |
![]() |
| berdebar-debar |
![]() |
| itu aku... seriau eh! hahaha |
![]() |
| First time kenal dan jumpa diorang ni, Kak Rosza dan Alin masa camping kat Lata Lembik. Lepas tu terus jadi kawan sampai sekarang... diorang memang best! |
![]() |
| dalam proses... |
![]() |
| lepas keletihan bermain dengan air, sampailah masa untuk makan santapan yang organizer sediakan... BBQ |
Pengalaman baru yang tak akan aku lupakan.. yang pasti, aku dah mula jatuh cinta dengan aktiviti ni.. ngeeeeeeeeeeeeeeee!
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya
Langgan:
Catatan (Atom)


















































