Sahabat

Halaman

17 April 2016

Gila Novel : Laksamana Sunan The Series

By Dalia Hassan at Ahad, April 17, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya.... hari ni dapat juga aku beli semua koleksi Laksamana Sunan karya penulis novel thriller yang paling aku kagumi, Tuan Ramlee Awang Murshid. Terima kasih kerana menghasilkan karya yang memberi kesan yang mendalam sehinggakan kadang2 terbawa2 dalam mimpi aku. Karya yang penuh pengajaran dan sarat dengan sesuatu yang diluar jangkaan dan kotak pemikiran kita.

Bila aku baca novel2 ni, seolah olah aku sedang membaca buku siri pengembaraan, cerita dongeng, novel cinta dan persahabatan, buku sejarah, novel seram, buku motivasi, buku agama, dan macam macam lagi. Semuanya bersatu. Bergabung. Meletup. Kebaboom!

Dan apa yang paling penting, aku tak kena bebel lagi dengan kakak aku sebab selalu pinjam novel dia! 

haha!


Senarai novel yang aku baru beli tadi..

Trilogi Laksamana Sunan

1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir
7. Sunan Cinta Nan Sakti
8. Sunan.. Nanggroe Sang Kembara

Novel2 Lain

1. Suami Tanpa Cinta
2. Duda Terlajak Laris
3. Kau, Aku, Kita
4. Cik Call Lily Dan Encik Bos


* Agak-bila, bila la aku dapat habiskan baca novel2 ni semua? 12 buah novel.. sedang eloklah tu... sebulan satu novel. haha!

Status Blog #79

By Dalia Hassan at Ahad, April 17, 2016 0 comments

BAHAGIA dirasa melalui pelbagai cara...


DERITA?

Biarlah rahsia...

15 April 2016

Camping @ Lata Lembik Recreation Park

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 7 comments

Assalamualaikum wbt...



Ni cerita aku masa aku berkhemah di Lata Lembik Recreation Park, Raub. Memang dah lama aku tak berkhemah, kali terakhir berkhemah masa zaman diploma aku kat UITM Segamat dulu... masa tu aku ikut Ekpedisi Gunung Ledang anjuran KESATRIA. Dan seingat aku, itulah kali terakhir aku berkhemah ni...



Kawan aku, Ila tiba-tiba ajak aku join geng2 dia pergi berkhemah kat Raub. Ermmm... memang macam best.. cuma awal2 aku risau sama ada asben aku lepaskan aku pergi ke tak... pujuk punya pujuk, berjaya jugak memujuk encik asben. Excited wehhhh!



Jom lah tengok gambar2 aku masa kat LLRP tu...



khemah kami dipasang oleh adik adik LLRP
Yeayyyy hampir siap...
Mak mak tengah masak... kami anak2 pergi main air...
'bilik' kami...
mak mak... sibuk memasak...
anak-anak... mandi tatkala mak2 masak.. hahahah!

persediaan untuk barbeque..
Kak Ira masak macaroni yang sedap!

barbeque...





Ni aktiviti kami semasa di LLRP..


Hari Pertama : Jungle Trekking @ Lata Lembik Recreation Park

Hari Kedua : Flying Fox @ Lata Lembik Recreation Park

                     Water Tubing @ Lata Lembik Recreation Park

Water Tubing @ Lata Lembik Recreation Park

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni aktiviti ketiga merangkap aktiviti terakhir aku kat Lata Lembik Recreation Park. Wohooooo! Best giler water tubing ni! Memang rasa nak pergi lagi. Korang semua mana yang belum pernah buat water tubing ni, aku sarankan korang cubalah buat aktiviti ni. Dijamin puas hati. Betul tak tipu!

Sebenarnya ada kisah yang tak akan aku lupakan ketika aku buat aktiviti ni. Kisah yang jadi bahan gelak kawan2 aku, malah aku sendiri tergelak besar bila teringat kisah tu... kisah apa? biarlah menjadi rahsia... hahahahaha!

*malu*

Jom la layan gambar2 ni....

sebelum aktiviti... posing dulu..

berdebar2 tapi tak sabar nak mulakan water tubing ni...
hamboi ila... betul2 menghayati keindahan alam...
errrr.... sementara tunggu diorang, lepak kat tepi dulu then kita posing sorang2.. hahaha!
menanti untuk ke check point seterusnya....

tergolek... hehehe.. itu biasa... aku 3 kali tergolek kut masa kat air terjun tu... walaupun air terjun yg kecik, tapi gayat punya pasal, terbalik jugak.. haha! Ada sekali tu aku lupa nak angkat punggung sikit, makkk aiiiii terhentak kat batu... sakit sampai tiga hari... tapi tetap tak menyesal buat water tubing ni...
Ah! malas nak cakap banyak... syok sendiri la ni...

hamboiii... rilek rilek pulak ko yer Dalia... (abaikan peha KFC tu)

tak habis2...
Masing2 muka teruja...

walaupun tube dah nak terbalik, kamera tetap erat kat tangan.. hahah
Dah terjatuh pun boleh tersenyum lagi...

ni tempat yang pang mencabar... tapi Alhamdulillah lepas tahu teknik yang betul, aku tak terbalik lagi dah... hehe!
menunggu yang lain2... a
best wooooo... jom la kita pergi sini lagi....

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!


Flying Fox @ Lata Lembik Recreation Park

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Masa kat Lata Lembik Recreation Park hari tu, aktiviti kedua yang kami buat setelah trekking adalah flying fox... sebenarnya, ni la kali pertama dalam hidup aku, aku buat flying fox ni. Masa zaman2 sekolah dan diploma dulu, bukan tak ada aktiviti macam ni, tapi selagi boleh elak, memang aku elak... gayat beb! aku ni badan jer besar, tapi hati kecik! ngeeeee!

Yang ni pun, mula-mula aku ingat buat flying fox yang rendah tu. Masa tengok kat tempat tu, kira okaylah.. takder tinggi sangat... keraskan jugak hati untuk buat. Sekali bila masa nak buat, dah siap pakai aksesori flying fox semua, rupanya kitorang kena buat yang tinggi. Baru la aku perasan rupanya ada satu lagi nun jauh kat atas... Menggeletar sekejap kepala lutut bila pandang atas. hahahaha!

Permulaan kami berada di ketinggian 150 kaki dan berakhir pada ketinggian 90 kaki... hahaha! tinggi weyyyyy..tapi inilah dia yang dikatakan cabaran... atasi ketakutan pada ketinggian. dan aku berjaya!

Masa mula2 tu, aku ingat kena buat flying fox yang ni la... rupanya ni untuk budak2 punya... hahahaha!
Setelah mendaki bukit, baru sampai ke tempat untuk kami memulakan flying fox. Tapi kami masih perlu memanjat tiang besi tu untuk sampai ke atas... fuhhhh!

panjat panjat panjat...

menunggu giliran.....
sempat lagi tu....

berdebar.... 
wahhhhhhh!!! hilang segala ketakutan... seronokkkkkk!
tingginyaaaaaaa... hahaha
jangan tutup sebelah mata....
masa untuk mendarat....
Yesssss! aku berjaya!!!

aku berada jauh lebih tinggi dari pepohon merimbun...
ok. masa untuk turun dari ketinggian 90 kaki dengan menggunakan tali...

sampai gak kat tanah... hahaha!

Pengalaman yang sangat berharga bagi aku yang baru berjinak jinak dengan aktiviti lasak macam ni. kalau boleh nak buat lagi!!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review