Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Ni kali kedua aku panjat Danau Tiga Puteri ni. Yang menariknya hari ni aku bawak besday girl ni, dak tecik Arissa...
-
Assalamualaikum wbt... Latihan bola tampar di Seksyen 19 Shah Alam (Dewan Tanjung)... Kenangan ni sebab tiba-tiba salah seorang dari kami, ...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.. Sebenarnya aku tak pernah pun terfikir nak panjat Gunung Kerinci yang terletak di Jambi, Sumatera yang mempunya...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Assalamualaikum wbt Percutian kali ni aku dan geng (Yatz, Ila, Kak Ina) memilih untuk ke Cameron Highland. Berikut serba sedikit tentang ak...
-
Assalamualaikum wbt Bukit Kutu lagi!! Nasib baik la Bukit Kutu ni namanya bukit walaupun ketinggiannya setaraf dengan gunung. Sebab kalau...
-
Assalamualaikum wbt... Ok.. untuk entry Gunung Bunga Buah ni aku taknak la cerita panjang2.. walaupun sebenarnya kalau ikutkan, mema...
-
Assalamualaikum wbt... Ni cerita semalam... entah camana aku boleh terjerumus dalam game futsal ni. Main futsal tu memanglah pernah, tap...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
15 Ogos 2014
Status Blog #9
Hari ni dengar Sinar.fm ada temuramah dengan Kak Muji, pengasas Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Sedih dengar kisah warga sana. Terasa rindu yang amat untuk kesana.. Entah bila berkesempatan.huhu!
Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Pulau Meranti Puchong
Categories
Status Blog
13 Ogos 2014
Status Blog #7
Esok hari terakhir MC.. doktor kata kalau tak ok lagi datang semula dia bagi lagi MC... sambung.. rasanya macam malas nak amik MC, nak amik cuti rehat je sehari... apa2 pun, tengok nanti camana... si Ainul pun dah jangkit sama, tinggal papa je lom lagi... hehehe!
Categories
Status Blog
12 Ogos 2014
( Resepi ) Daging Masak Black Pepper
Balik dari klinik tadi aku berfikir fikir nak masak apa untuk makan hari ni... tetiba je terfikir nak makan mee bandung, sedap jugak kan... aku pun terus la pergi kedai runcit untuk beli barang barang nak buat mee bandung...
Sampai je rumah, baru tersedar yang aku ni sakit mata, gatal2 pulak tu... boleh ke makan mee bandung yang kaya dengan udang tu... alahai.. putus semangat aku... akhirnya aku simpan je bahan2 basah semua tu kat dalam freezer...
Masuk bilik, golek2 atas katil, tidokan si kecik, then belek2 facebook, ternampak plak facebook Mynn, my ex-housemate masa kerja kat Segamat dulu... dulu aku suka betul kalau dia masak daging black pepper ni... sehingga menjilat jari, i tell you...
So, dengan berkobar2nya aku masuk dapur... rasanya bahan2 semua cukup.... apa2 pun, aku kena tanak nasi dulu... itu penting ok... kalau tak aku nak makan daging blackpepper tu dengan apa? heheheh
Setelah bertungkus lumus kat dapur dalam setengah jam, akhirnya siap juga daging blackpepper ku ini... dah rasa dah.. memang sedappp.. lembut jer dagingnya...
Nak resepi? boleh tapi aku tak ada sukatan yang sebenar... main agak2 jer...
Resepi Daging Masak Blackpepper
Daging batang pinang / silverside / topside
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili api
Bawang holland
Bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis etc) - tak masukkan pun xpe.. ikut suka...
1 sudu cili giling
1 sudu serbuk kari
Lada hitam (ditumbuk)
sedikit sos cili
kicap
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Cili api
Bawang holland
Bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis etc) - tak masukkan pun xpe.. ikut suka...
1 sudu cili giling
1 sudu serbuk kari
Lada hitam (ditumbuk)
sedikit sos cili
kicap
Cara2 Memasak
Tumbuk bawang putih, cili api, halia dan bawang merah... tumiskan bersama bahan penumis tadi...
Masukkan cili giling dan serbuk kari.. kemudian masukkan daging...
Masukkan sos cili dan kicap.. kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi...
Akhir sekali, masukkan bawang holland yang dipotong nipis...
Tarrraaaaaaa....
Siappppp!
![]() |
| Oleh sebab hidangan ini adalah menu tergesa2, so takder la hiasan2 kat atas tu yer.. kekekeke! |
Categories
Diariku
Status Blog #5
Baru balik dari klinik... doktor bagi MC 3 hari sampai 14/8... si kecik plak kena bagi neb sebab berkahak, nafas berbunyi.. get well soon ye sayang... sian dia..
Categories
Status Blog
11 Ogos 2014
Peperiksaan Online Ulangan Penolong Penguasa Kastam W27
Ermmm...
Baru je dapat email dari SPA... Lusa ni aku ambil semula peperiksaan ulangan Penolong Penguasa Kastam W27...
Hari tu aku tak dapat nak ambil disebabkan masalah teknikal... harap kali ni tak ada masalah lagi la walaupun aku tak bersedia apa pun untuk exam ni... hentam sajalah! mana tau rezeki aku kat kastam pulak...
Categories
Diariku
Lirik Lagu : Sudah Terluka Merindu Pula ~ Ibnor Riza
Oleh sebab hari ni aku ada banyak masa kat rumah, takder keje nak buat, sambil guling guling atas katil layankan radio Sinar.fm... peh! lagu lagu lama memang malar segar... sentiasa menggamit memori...
Dalam banyak banyak lagu, lagu Ibnor Riza ni la yang menarik perhatian aku... dulu memang aku minat giler lagu ni.. nasib baik aku tak jadi gile.. (start merapu dah)
Nah! kat bawah ni print screen liriknya..
memang menangis! ngeeeeeeeeee
memang menangis! ngeeeeeeeeee
Categories
Diariku,
Lirik Lagu
Langgan:
Ulasan (Atom)



