Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt Jumaat : 12/06/2020 PKP / MCO : Hari Ke-87 Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku di...
-
Assalamualaikum wbt.. Aktiviti cuti sekolah kali ni, kami camping kat sebelah rumah jer.. buat raso-raso.
-
Macam ni lah gayanya. Khamis nak exam Selasa malam baru sibuk nak bukak buku. Pastu sibuk pulak menghadap whatsapp dan facebook. Tak cukup...
-
Assalamualaikum wbt... Simpan sini untuk kenangan dan hadir bagi program literasi kewangan kepada penjawat awam. Memang saja aku bagi nama u...
-
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam be...
-
Assalamualaikum wbt.. Ni cerita 1/5/2017... malam sebelumnya kami gerak dari homestay Paiman lebih kurang jam 8 menuju ke Airport Pa...
-
Apa itu AIO Cloth Diapers ? Jenis CD ini adalah CD paling mudah dipakaikan pada bayi anda kerana ia tidak mempunyai poket...
-
Assalamualaikum wbt... Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
11 Ogos 2014
Status Blog #2
Assalamualaikum.... Selamat pagi..
Hari ni aku off... tapi banyak benda nak kena settlekan hari ni... kereta dua2 rosak, nak kena hantar bengkel... RM... RM... RM... haishhhhhhh!
10 Ogos 2014
04 Ogos 2014
Cerita Raya 2014
![]() |
| Sebelum mula cuti raya, macam biasa la... pergi jumpa big boss.. dapat ler duit raya diorang bagi... ngeeeeeeeeeee! |
![]() |
| Mercun ni pulak my good friend yang bagi untuk bakal menantu dia, Si Ainul... haha! |
![]() |
| Shitam dan Shoreng ikut balik kampung jugak... jalan sakan... |
![]() |
| tetamu tak diundang di pagi Syawal... jerawatttttttt! |
![]() |
| Kakak aku yang senget dan anak buah aku yang sewel... sarung kerusi mak aku pun jadik diorang nak jadikan aksesori pakaian diorang.... |
![]() |
| Selfie Selfie Selfie |
![]() |
| Selfie lagi.... |
![]() |
| dan lagi..... |
![]() |
| lagi.... lagi..... (tak sempat nak make up... baju pun pakai baju lama jer sebab nak kena masak kat dapur, tetamu tak putus datang) |
![]() |
| Selfie dengan kakak sayang yang brutal... Kak Noi aka Puan Seri Normala Shamsuddin..... |
![]() |
![]() |
| Masa untuk pulang ke kampung mertua..... |
![]() |
| Ragam si kucing dalam kereta sampai pening kepala si Arissa... |
![]() |
| tengoklah penumpang yang kat belakang tu... lena betul dia tido... |
![]() |
| tak tahan nak kencing si Ainul ni... hahahaha muka tak bleh blah... dia tak perasan mama dia amik gambar ni... |
![]() |
| dak tecik ni pun sibuk nak ber selfie.... |
![]() |
| site visit rumah mertua... ini pun tak habis pusing lagi tengok manggis, cempedak.. |
25 Julai 2014
Sakit Pulak Hati Kita
Assalamualaikum wbt...
Entah kenapa... hari ni sepanjang hari aku jadi panas baran....
Entah kenapa... aku rasa semua orang sangat menyakitkan hati....
Entah kenapa... jiwa aku begitu sensitif walau dengan perkara yang remeh....
Entah kenapa... hati aku mendidih dengan setiap kata walau hanya gurauan...
Pertama : Kecewa kerana boss tak benarkan pulang awal sedangkan boss besar dah bagi kelepasan separuh hari... bayangkan perasaan kecewa yang teramat sedangkan perancangan sudah dibuat. Tapi apakan daya, SYMP. Pasrah. Terbantut segala perancangan...
Kedua : Tentang my good friend (biarlah rahsia)
Ketiga : Tersadai tepi jalan disebabkan temperature kereta naik... panas kereta, panas cuaca sepanas rasa hati aku...
Keempat : Perangai si anak yang betul2 mencabar kesabaran aku. Apa yang dia buat betul2 menaikkan kemarahan aku walhal perkara yang sama juga dibuatnya sebelum ni.
Kelima : Yang paling buat aku marah... Sikap pak guard di kawasan rumahku yang sangat menyakitkan hati dari dulu lagi.. dua kali kereta aku bergesel dengan tong konkrit yang tak sepatutnya diletakkan disitu. Di jalan yang sempit dan diletakkan ditepi selekoh. Kali pertama aku dah sembur semula... ni kali kedua rasa nak suruh je dia yg bayar... tak sepatutnya letak tong tu kat situ.. alasan : supaya tiada kereta lain parking kat situ... hello... setiap rumah dah ada parking masing2... setiap rumah punya hanya 1 kad access... kalau ada kereta lain parking kat situ, maksudnya ko la yang tak buat keje benarkan kereta lain suka suki masuk.. apa taknya... asyik bergayut kat telefon... memang hilang sabar aku dibuatnya...
Ke enam : Marah dengan diri aku sendiri.. semenjak dua menjak ni tak tau kenapa sukar untuk aku kawal kemarahan dalam diri... sensitif. Kalau dulu hati kering... katalah apa saja... buatlah sesuka hati... aku langsung tak kisah... sekarang... sangat berbeza... cepat naik angin. Macam tadi, aku cuba kawal kemarahan yang dah bertunas sejak pagi. Penyudahnya.. jam 4pm hingga 4.20pm aku bertapa dalam kereta, menangis. Terperasan ada mata yang memerhati, aku berlalu pergi.. dua minit.. menangis lagi sepanjang jalan pulang. Mungkin itu cara aku meredakan kemarahan. Redakan tekanan. Aku pun tak faham....
Ermmmmmm....
Sakit pulak hati kita....
Spam? Malware? Komen?
Lepas satu, satu la masalah yang menimpa blog aku ni... sebelum ni aku pernah update pasal entry yang entah sapa2 publish kat blog aku ni.. boleh tengok kat sini dan sini. Dan dah settle pun masalah tu... Puas la aku yang agak tak berapa pandai ni cari macamana nak selesaikan masalah tu, akhirnya berjaya juga... Dan sekarang, masalah baru pulak yang timbul...
Entah kenapa banyak betul komen komen spam yang masuk... tension betul aku... cer tengok ni...
Atas bantuan rakan blogger yang juga merangkap teman seopis dari blog ini, dia mencadangkan agar aku on kan semula Word Verification agar tiada komen2 yang datangnya dari 'bukan manusia'... hahahha!
Dan kini, hidup aku semakin aman dan bahagia tanpa gangguan dari 'bukan manusia' ni... dan aku harap juga korang bersabar la untuk menelek word verification tu sebelum nak post komen.. hamba terpaksa ok! terpaksa meletakkan ia supaya tiada makhluk perosak yang bisa membinasakan blog aku ni...
Sekian....
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
21 Julai 2014
Cerita Sebelum Ramadhan : Office Potluck
Ini pun cerita sebelum Ramadhan... Office potluck.. simple jer... makan apa yang ada... buat ni pun sempena nak sambut Ramadhan...
Layankan jer la gambar ni.. kebetulan masa buat potluck ni, mood aku tak berapa stabil sangat. Penat disebabkan Ops Warta, aku keje sampai malam selama dua minggu. Balik rumah nak kena buat puding ni pulak. Esoknya pagi2 dah masuk opis semula... memang sangat penat. Yang bestnya, abis je Ustaz Azhar dari cawangan BAKA bacakan doa, aku terus nyorok belakang rak buku... aku tidur.. nyenyak jugakla... dapat tido kejap, lega rasa... hilang rasa penat.. terus cari makan. Hahahaha!
![]() |
| Ni je yang aku buat... |
![]() |
| Sambut besday Seha sekali... |
Tu jer la yang nak diceritakan...
Sekian...
daaaaaaaaaaaaaaaaa!
Cerita Sebelum Ramadhan : Ceramah Ustaz Kazim Elias
Ini cerita sebelum Ramadhan.. aku sempat ke IPK Selangor untuk mendengar ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias. Ceramah yang bertajuk Malam Pertama Di Alam Barzakh... Memang sangat best dan memberi kesan yang mendalam terhadap diri agar berubah kearah yang lebih baik....













































