Sahabat

Halaman

01 April 2014

Sejarah April Fool

By Dalia Hassan at Selasa, April 01, 2014 0 comments
Sharing Is Caring

Bagi sesiapa yang suka sangat April Fool kan orang, renung renungkanlah... untuk peringatan buat diri sendiri juga...

Sumber :  www.eramuslim.com


Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
Sejarah April Fool


Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


Sekian.

Mohon Sumbangan Kebajikan : Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

By Dalia Hassan at Selasa, April 01, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sharing Is Caring


Entry berkaitan : Lawatan Amal ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

.................................................................................................................................

Copy paste dari  FB Mohd Zaki


Assalamualaikum
Sekadar tolong fwdkan rayuan dari pengurus rumah jagaan orang tua Al Ikhlas Puchong. Boleh bantu seberapa yg kita mampu dan ikhlas:

"Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang Tua Islam .... HANYA ada SATU sahaja yang wujud di negara ini !
Oleh itu saya ingin merayu kepada individu dan group agar dapat menghulurkan apa jua bentuk bantuan terus kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim yang ada di negara ini.

Bentuk bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Pampers (lampin pakai buang)
2. Ubat-ubatan : ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
3. Peralatan : Mesin Dialysis, Kereta Sorong
4. Beras
5. Telur (orang tua sudah tidak mampu mengunyah dan menghadam makanan berat)
6. Susu
7. Makanan ‘comfort’ seperti Nestum, oats, corn-flakes dan lain-lain.
8. Al-Quran (berhuruf besar) dan bahan bacaan.

Cara paling mudah untuk membantu ialah dengan membuat e-banking sekadar ikhlas kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim tersebut yang berada di Puchong melalui webpage berikut.

http://al-ikhlashomecare.blogspot.com/

Rumah ini berdaftar dengan Kerajaan dan mendapat sedikit sumbangan dari Zakat Negeri Selangor.

Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai orang tua yang menghuni Rumah ini :-
1. Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian.
2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan dan ketakutan.
3. Menampung Kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 orang sebulan. Jika kita ingin melihat kematian sebahagian dari bakal ahli syurga di sini lah tempat yang paling
sesuai. insyaAllah.

Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. In Sha Allah. .."
SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Lokasi : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Alamat Penuh : Lot 3530,jln bt 18,kg pulau meranti,47120 puchong selangor.

No. Telefon : 016-6786364

Diuruskan oleh : Muji bt. Haji Sulaiman (Jururawat)

Jumlah Pekerja : 5 Orang

Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)

Jumlah Orang Tua : 30 orang

Nama Bank : Al Rajhi Bank

Nama Akaun Bank : RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

No. Akaun : 12700-1061101131

(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)


 


23 Mac 2014

Jom Mengemas Rumah!

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 23, 2014 0 comments

Akhirnya.... setelah bertungkus lumus selama beberapa jam yang lepas (selepas si kecik tido), tepat jam 4.16am aku berjaya menyelesaikan kerja2 rumah yang dah beberapa hari aku tak berusik...

 nak mengemas rumah ketika si kecik ada, memang tak la sebab dia akan sentiasa mengekor aku dari belakang... aku masuk tandas pun dia boleh meraung kat depan pintu tandas... so malam ni la masa yang sesuai untuk aku stay up sampai pagi untuk mengemas rumah sebab Ahad memang hari cuti.

Cuma esok kena sambung mengemas skit lagi... polish apa yang patut.. hehehe

ok. time to sleep. harap nanti tak terlepas subuh..

good night. Assalam..

20 Mac 2014

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 20, 2014 0 comments

19 Mac 2014

Baiki Smartphone Yang Rosak

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 19, 2014 5 comments
Assalamualaikum wbt...

Setelah beberapa minggu tak 'bersiaran' menggunakan my S4 yang mengalami kerosakan akibat dari terendam sedikit kat dalam air, akhirnya hari ni my S4 pulih seperti sediakala.. Alhamdulillah.

Sebenarnya sejak hari tu, aku dah putus harapan untuk berharap pada S4ku itu dan aku hanya menggantikannya dengan samsung galaxy young yang kecil (dan murah). Frust memang frust sebab bagaimana jari jemariku yang agak 'runcing' ni bisa menekan keypad yang agak 'besar' hingga kerapkali berlaku kesilapan ketika menaip..

Pada awalnya, aku minta kawan aku si Khairul yang bertugas di balai sunway untuk bantu aku hantar repair my S4 kat Samsung Sunway Piramid dan nak pengsan aku dengar bila orang tu call kata motherboard rosak disebabkan oleh water damage. Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,050.. bila difikirkan, lebih baik aku beli smartphone baru daripada hantar repair kalau charge yang dikenakan sebanyak tu.. so aku mintak khairul kanselkan jer. Takper la.. ada rezeki smartphone baru aku pakai (tapi tak tahu la tahun bila)

Kelmarin, encik asben bagitahu, dia ada kenal sorang ni yang boleh dipercayai yang boleh tolong repair dengan harga murah. Mula-mula memang takder perasaan dah, taknak berharap sangat. Petang Isnin encik asben pergi hantar, petang Selasa kami datang ambil. Sehari je dah siap. Gembira rasa sebab my S4 dah kembali pulih. Dan lebih gembira bila tahu caj yang dia kenakan untuk repair hanyalah RM90.. diulangi sekali lagi.. RM90 sahaja! Bukan RM1,050 yang diminta oleh samsung sunway piramid. Bila aku cakap kat brader yg repair tu, dia kata mengarut sebab yang rosak tu sikit je..

Nasib baiklah aku tak terpedaya... (tak cukup duit sebenarnya) hahahhaha.

Ni la tempat yang mahal tu.. jangan la pergi repair kat sana.. 
menyakitkan hati lagi ada..


Ni la tempat yang aku hantar kat sunway piramid tu.. entah apa2 entah...
 
Kat sini la yang aku repair murah... ni biz kad dia...

15 Mac 2014

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 15, 2014 0 comments

11 Mac 2014

Dia Sahabatku...

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 11, 2014 0 comments
dia sahabatku
yang kusayang...

andai kata kejujuran itu menyakitimu...
berterus terang itu bisa membuatkanmu
merasa jijik...

biarkanlah aku,
memaksa diriku
menjadi seorang yang HIPOKRIT...

sekian.

10 Mac 2014

Sakit Kepala Lagi

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 10, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Masuk hari ke 10 sakit kepala aku masih tak hilang malah makin berdenyut.. Dan hari ni juga masa encik asben jemput aku balik keje, encik asben paksa aku pergi klinik untuk check up... Nak tak nak kena pergi jugakla sebab dia parking betul2 depan klinik... Huhuhu..

Selain ubat relax otot dan sakit kepala, doktor bagi surat cinta untuk aku sampaikan pada pakar neurology di hospital..... Erm. Memang tak pegi la aku.. Rasa rasanya... Leceh. Huhuhu.

Sekian je la report untuk hari ini.

Daaaaaaaaaaaaa!

#PrayForMH370

08 Mac 2014

Pray For MH370

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 08, 2014 0 comments

Tak Sihat!

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 08, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama dah rasanya tak update cerita. Dengan anak yang tak sihat, disambung pula dengan diri sendiri yang tak sihat, juga smartphone yang masih dirawat akibat terendam dalam air. Cuba juga mencari ruang untuk menulis sesuatu, tapi masih juga tak berkesempatan.. minggu sudah, 3 kali berulang alik ke hospital. Demi anak, mama takkan mengalah...

Puas ke klinik, taska pula mencadangkan agar mencuba perubatan alternatif. Dan, setelah berjumpa ustaz dari Klinik DarulSyifa Tanjung Malim, syukur Alhamdulillah kulit kepala dan telinga yang berkudis serta bernanah kembali pulih seperti langsung tiada kesan dan tanda yang dia pernah mengalaminya. Bersih sebersih bersihnya.

Cuma satu, semenjak hari tu, encik asben pula yang terkena jangkitan bawah ketiak, berbiji biji dan bernanah, dan aku seolah olah ada sebiji batu besar yang melekat di kepala. berdenyut denyut. sakit. kami tetap redha kerana biar kami yang menanggung semua kesakitan, bukan anak2. Mungkin cuaca yang tak menentu, cuaca panas yang bersuhu tinggi menjadi faktor yang membuatkan kepala sakit berdenyut2.

Dan aku berharap, kesakitan ini cepat berakhir kerana aku tak mampu bertahan dalam senyuman. Serius. Sakit sangat. huhuhu!






PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review