Sahabat

Halaman

04 Disember 2013

Debaran....

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 04, 2013 2 comments

Debaran?

Ceh... debaran la sangat kan... tapi memang mendebarkan pun.. sebab? esok akan berlangsungnya final Pertandingan Bola Tampar piala KPD Subang Jaya... adoila... rasa macam nak gugur jantung ni bila mengenangkan... yang pasti esok final bola tampar wanita team aku ( team D) akan menentang team C manakala final lelaki team KBKA akan menentang team balai Bukit Puchong..

huhuhu... confirm la malam ni tak dapat tidur memikirkannya... cuma satu harapan aku... janganlah hujan esok.. tak sanggup lagi nak bertangguh... huhu!


30 November 2013

Majlis Perkahwinan Dato Malik Mydin

By Dalia Hassan at Sabtu, November 30, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni sebelum bergerak balik ke Kota Tinggi kami sempat singgah ke majlis kenduri kahwin Dato Malik Mydin dan pasangannya di kelab golf Monterez.... Pengantin perempuan tu adalah anak kepada Mak Jan dan SM Wahab...

Kepada pengantin, semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu... InsyaAllah...













29 November 2013

Perhimpunan Bulanan

By Dalia Hassan at Jumaat, November 29, 2013 0 comments

Perhimpunan bulanan bagi bulan November... tahniah pada sahabat blogger Azreen yang telah mendapat sijil penghargaan dari tuan KPD... tahniah buat ko ye Azreen... ngeeeeeeeeee!




26 November 2013

Kalah Bergaya.... ( Bola Tampar Piala KPD )

By Dalia Hassan at Selasa, November 26, 2013 0 comments

Hari ni bola tampar kami dari team D kalah bergaya dengan Team C... hahahaha... tapi kalah bermaruah la sebab kami saling kejar mengejar mata.. cuma nasib jer tadi... tapi tak apa... walaupun kalah tapi kami tetap enjoy... boleh gelak gelak lagi tadi dalam gelanggang... yerla... pihak lawan pun majoriti geng aku juga... sama sama main untuk piala KP cuma piala KPD ni kami terpaksa berpecah sebab ikut kategori yang ditetapkan...

In Shaa Allah final nanti akan jumpa semula team diorang.... tungguuuuuuuuuuuuuu!


25 November 2013

Selamat Hari Lahir, Mak....

By Dalia Hassan at Isnin, November 25, 2013 0 comments

Hari ini, pada tanggal 25 November 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran mak yang ke 65 tahun... semoga mak sentiasa sihat dan diberkati Allah hendaknya... akak sayang mak sangat... mmmmuaaahhhhhh! sayang mak!









18 November 2013

Macam Yer Jer.... Macam Confirm Jer...

By Dalia Hassan at Isnin, November 18, 2013 2 comments

Aduh... berderau pulak rasa... berdebar debar didada... apakah? Adakah? Benarkah? Aduh... belum 9 bulan kut... dah le aritu aku ceaser... haishhhhhhh!

Takpe takper... think positive ok... kalau ada, Alhamdulillah... kalau takder, setahun lagi kita cuba.... berdebar gak ni coz sekarang ni aku terlibat dengan pertandingan bola tampar... awal bulan 12 nanti baru abis... pengsan la...

Tapi naluri aku kata kosong... kosong... ooooooo... lewat ni mungkin masalah teknikal walaupun sebelum ni aku sentiasa on time... huhu!


Update jam 8:15pm : dah cek dah... kosong... kosong... oooooo... pasni bolehla sambung main volleyball... tak payah nak hati2 sangat... ngeeeeee

17 November 2013

Nak Cakap Juga....

By Dalia Hassan at Ahad, November 17, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Meh sini aku nak cakap ni... buat kawan2 aku tak kira kat mana dan dimana pun... silalah jangan ambik hati kalau aku kawan dengan mana2 orang yang korang tak suka... yang bermasalah adalah korang, so korang yang kena settlekan secara baik... jangan pulak ko yang tak baik dengan dia, ko nak aku pun sama bermusuh dengan dia... Ini tidak baik untuk kesihatan (jiwa dan raga)... perkara kecik tak perlu dibesarkan...

Serius aku cakap ni... kalau pihak A yang salah, confirm aku akan berpihak pada B... begitulah sebaliknya... tak ada istilah memihak pada kawan baik... pada aku semua kawan adalah kawan baik aku... kalau aku rasa si B buat salah, aku tak akan sokong apa pun yang dia buat... vice versa...

Pada satu situasi aku boleh menyokong si A dan pada situasi yang lain aku boleh pula menyokong si B... jangan kata aku si batu api sebab aku tak akan bercerita apa yang aku rasa tidak boleh dicerita... aku hanya akan menyokong pihak yang aku rasa lebih betul...

Korang bayangkanlah jika si A dan si B yang bergaduh masing2 mengadu kat aku... apa yang aku patut buat sedangkan aku perlu buat2 tak tahu walhal aku dah tau dan aku tak boleh bagitahu yang aku dah tau... OMG... jangan akhirnya nanti aku yang bercelaru masuk hospital sakit jiwa sudah lar....

Sudah sudahlah tu....

Kami buddies... kami takkan terpisah... right????

15 November 2013

Hari Ini Dalam Sejarah : 15 November 2003

By Dalia Hassan at Jumaat, November 15, 2013 0 comments

Ini kisah 10 tahun yang lalu... Pada tanggal 15 November 2003, entah kenapa hati aku tergerak nak keluar dari bilik aku kat opis dan berborak dengan staff opis yang dok kat kaunter pendaftaran (akademi memandu)... tapi memang itulah hobi aku... lebih suka buat keje kat luar bilik, sebab aku tak suka duduk dalam bilik sorang2.. bosan..

Masa aku tengah berborak dengan Ina, salah sorang staff kat kaunter pendaftaran tetiba je aku nampak ada dua orang mamat ni datang menghala kearah opis aku.. tetiba je aku jadi nervous.. hormon tak stabil... dup dap dup dap rasa didada... hahahah... macam poyo je kan, tapi itulah yang aku rasa... aku tanya Ina, budak berdua tu siapa? Ina jawab tu budak kolej YPJ, Sabtu aritu dah datang daftar untuk tambah kelas D... so diorang datang untuk masuk kelas la...

Sejak tu bila mamat tu datang nak belajar kereta untuk cukupkan tempoh jam, aku memang duduk dalam bilik jer... aku tak boleh tengok... deras degupan jantung... dup dap dup dap lagi...

Entah dah memang jodoh aku kut, mamat tu boleh mintak no tepon aku dari Ina... yang bestnya, dua2 mamat tu pun dok call dan sms aku hari2.. aku target yang sorang tu jer.. rupanya yang lagi sorang pun sangkut jugak.. hahahaha aptb.. tapi memang dari awal aku dah berkenan kat yang sorang ni...

15/11/2003 kali pertama aku kenal mamat tu...

4/7/2004 aku bertunang dengan dia...

24/12/2005 kami diijab kabulkan...

Alhamdulillah... kalau dah jodoh tak akan kemana... kannn??

Mode : Mengada ngada tahi kuda....

14 November 2013

Takder Tajuk

By Dalia Hassan at Khamis, November 14, 2013 0 comments

Tadi kan..  masa drive balik keje tetiba je dapat satu mesej kat facebook dari seseorang... hahahaha... akhirnya setelah 12 tahun berlalu... baru aku kenal siapakah si 'Ajie' yang pernah jadi kawan baik aku dalam talian (telefon).. yerla.. dah hari2 dia call dan sms aku tanpa bagitahu siapakah gerangan... dan aku layankan aje sebagai kawan... lagipun aku tahu masa tu dia junior aku masa kat uitm...

Pernah jugak siasat siapa budak Ajie ni.. tapi clue yang dia bagi tak membantu sangat... cuma dia kata, kalau nak kenal dia, kena jumpa dia kat benteng (kiranya macam gerai la kat dalam uitm tu)... tapi masa tu aku tak berminat sangat nak jumpa2 nak dating2 ni... aku lebih senang berborak dengan dia kat telefon.. baik tak payah jumpa kan.. lagipun sapa suruh taknak berterus terang siapa diri dia...

Tapi yang kelakarnya tadi dia ungkit pasal aku hantar Niza, adik sebilik aku sebagai wakil untuk jumpa dia.... hahahahha itu memang betul... dah dia sibuk nak jumpa, aku hantar adik roomate aku je la pergi berkenalan dengan dia sebagai wakil aku... alahai kenangan... kalau diingatkan semula memang kelakar...

Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku tak pernah bertentang mata dengan dia.... Tak penting pun, kan?

Haha!






Tot vs Mamat

By Dalia Hassan at Khamis, November 14, 2013 0 comments

Tengoklah si Tot ni... dok mengendeng si Mamat yang menari2 dalam bekas kaca tu.. Mamat ni tumpang sementara je kat opis aku.. tuannya bercuti ke Kuching dengan famili.. so takder sapa nak jaga si ikan puyu ni, kami lah yang tolong jagakan... dan juga si Tot ni yang sentiasa 'sudi' untuk jaga Mamat...

Cer tengok aksi si Tot ni... meleleh je air liur dia tu tengok Mamat... kekekee!





PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review