![]() |
| tak sempat sampai puncak lagi dah tak sabar nak amik gambar... lawo hoi! |
Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Semenjak dua menjak ni aku sibuk mengemas studio ni kut kut la nanti ada saudara mara atau kawan kawan yang nak jalan...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt... Lama dah aku tak berdiet... sekarang ni kuat betul selera makan aku.. aduhai la mama.. kenapa ko jadi begini.. 6k...
-
Assalamualaikum wbt... Entah kenapa aku terjebak dengan Gunung Irau 2.0 ni... mungkin sebab sebelum ni aku pernah cakap yang aku nak ...
-
Isnin 1 Jun 2013... Bertolak dari Marina Court Apartment, kami sempat singgah bersarapan sebelum bertolak ke Pulau Manukan... masing2 si...
-
Assalamualaikum wbt Percutian kali ni aku dan geng (Yatz, Ila, Kak Ina) memilih untuk ke Cameron Highland. Berikut serba sedikit tentang ak...
-
Assalamualaikum wbt... Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold...
-
Assalamualaikum wbt... Ini kisah semalam... membuat aktiviti skytrex di Shah Alam.. sebenarnya memang dah lama teringin nak buat aktiv...
-
Assalamualaikum wbt... Ok.. untuk entry Gunung Bunga Buah ni aku taknak la cerita panjang2.. walaupun sebenarnya kalau ikutkan, mema...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
20 Januari 2018
Hiking @ Bukit Senaling, Negeri Sembilan.
Assalamualaikum wbt...
Bukit Senaling. Lama betul kami rancang nak pergi sini, tapi asyik tak menjadi jer. Macam-macam dugaan. Tapi kali ni, aku dengan Yatz ambik keputusan untuk pilih satu tarikh, dan kami akan pergi siapa yang ada jer. Maksudnya siapa yang ada hal lain, hye hye bye bye la jawabnya... tak boleh nak cukupkan ahli, sebab setiap minggu masing2 ada plan tersendiri.
Sampai hari kejadian, yang confirm nak pegi cuma aku, yatz, ila dan cik nizam. So aku dengan yatz dari Subang gerak dalam kul 5am, dan berhenti untuk ambik Ila kat Gateway Seremban dalam kul 5.30am. Malangnya Ila tak dapat dikesan. Tunggu punya tunggu dia tak sampai, kami ambil keputusan lepas subuh terus gerak ke kaki bukit. Dalam kul 7 baru Ila call, dia minta maaf sebab dia terlajak tidur disebabkan kesan ubat yang dia ambil sebelum tidur sebab dia tak berapa sihat. Takperlah.. nak buat camana.. takder rezeki dia nak join sekali..
Sampai kat kaki Bukit Senaling dalam kul 7.15am.. terlambat skit sebab kami tersesat. Cik Nizam yang dah sampai awal mintak bantuan guider bantu kami cari jalan. Hahaha adoi. So guider tu jemput kami kat Petronas. Alhamdulillah...
Rezeki kami, kali pertama naik Bukit Senaling, terus dapat view awan karpet yang awesome ni.. menurut cakap encik guider, dah 10 hari awan karpet tak keluar, dan hari ni masuk hari kesebelas, baru awan karpet menampakkan diri. Syukur ya Allah. Tak payah nak repeat Bukit Senaling lagi lepas ni... ngeeeee!
Bukan nak cakap apa la... tapi tetiba je aku rindu kat Senaling ni... macma kena repat gak ni... hahaha
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya,
hiking
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)













0 comments:
Catat Ulasan