Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt Jumaat : 12/06/2020 PKP / MCO : Hari Ke-87 Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku di...
-
Macam ni lah gayanya. Khamis nak exam Selasa malam baru sibuk nak bukak buku. Pastu sibuk pulak menghadap whatsapp dan facebook. Tak cukup...
-
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam be...
-
Assalamualaikum wbt.. Ni cerita 1/5/2017... malam sebelumnya kami gerak dari homestay Paiman lebih kurang jam 8 menuju ke Airport Pa...
-
Apa itu AIO Cloth Diapers ? Jenis CD ini adalah CD paling mudah dipakaikan pada bayi anda kerana ia tidak mempunyai poket...
-
Assalamualaikum wbt... Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold...
-
Assalamualaikum wbt... Singgah menulis sebentar di blog kesayangan, sekadar membakar semangat aku untuk menempuhi hari hari mendatang dal...
-
Assalamualaikum wbt Selasa : 25/08/2020 PKP / MCO : Hari Ke-161 Petang ni lepas kerja aku akan balik Johor. Tiket bas tak beli-beli se...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
28 Mei 2016
22 Mei 2016
Skytrex Adventure @ Shah Alam
Assalamualaikum wbt...
Ini kisah semalam... membuat aktiviti skytrex di Shah Alam.. sebenarnya memang dah lama teringin nak buat aktiviti ni, tapi asyik tak berkesempatan jer. Then pada April lepas, bincang dengan geng geng "Geng Outdoor Subang Jaya", cuma empat orang jer yang sanggup buat aktiviti ni... masing2 tak yakin dengan ketinggian... gayat.. so, aku, Sue, Ieyla dan Kenz terus pilih tarikh 21/5 untuk buat aktiviti ni. kami ambil pakej Big Thrill... Berempat pun berempat la... janji ada geng yang nak buat bersama2.. hehe!
Pada asalnya, aku ingat pagi tu nak panjat Bukit Sapu Tangan dulu, konon2 stamina kuatla untuk buat dua aktiviti dalam satu hari... mujurlah pagi tu hujan lebat, so aktiviti mendaki bukit tu terpaksa dibatalkan. Tapi sebenarnya aku bersyukur tak jadi nak hiking, sebabnya, lepas buat skytrex ni memang penat sangat walaupun puas hati yang teramat sangat. Aku tak dapat bayangkan kalau pagi tu aku pergi hiking... rasanya pengsan terus kut.. kepenatan... haha!
![]() |
| empat sekawan... |
![]() |
| lupa nak tarik nafas... terserlah tayar tu.. hahaha! |
![]() |
| Sue senget |
![]() |
| Instructor yang terlajak ramah... |
![]() |
| Ieyla... |
![]() |
| Kenz... |
![]() |
![]() |
| gayat ke tak gayat? haha |
![]() |
| main cak cak kat atas pokok... |
![]() |
| yang belakang tu Rayyan nama dia... |
![]() |
| errrrrr... kat belakang tu rel keretapi ker??? |
![]() |
| redah jerrrrr... |
![]() |
![]() |
![]() |
| sebelum balik berborak dengan pekerja sini... peramah betul si Shaz ni... gelak jer manjang... haha! |
Pehhhh! Kenangan dan pengalaman yang tak akan aku lupakan. Lepas ni macam nak cuba yang extreme pulak.. confirm lebih mencabar!
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya
10 Mei 2016
Hiking @ Bukit Broga 2.0, Semenyih Selangor
Assalamualaikum wbt...
Aku dah mula rasa gian untuk mendaki. Lama sikit tak mendaki aku mula rasa tak keruan. Tak kisah lah bukit apa, asalkan bukit. Tinggi ke rendah ker waima Bukit Bintang, Bukit Jelutong, Bukit Damansara, Bukit Kerinchi, Bukit Aman pun aku tak kisah asalkan namanya bukit.. haha! (senget)
Ahad malam tiba tiba jer aku dapat ilham nak panjat Broga pada Isnin (9/5/2016) pagi tu. Almaklumlah aku off Isnin tu... daripada tak ada apa nak buat kat rumah, baik aku isi dengan aktiviti kan? Dengan persetujuan housemate aku, Isnin pagi kami gerak ke Semenyih dengan penuh doa dan harapan agar hujan tak turun. Dan Alhamdulillah, cuaca cantik!
Seronoknya hiking week days ni, orang tak ramai tak macam kali pertama aku panjat Broga tempoh hari. Waktu tu, kat atas bukit pun boleh jem dengan orang. Ramai sangat... nak bergambar pun kena pandai2 menyelit untuk cari pemandangan yang cantik.Tapi pergi kali ni memang best la.. umpama Broga itu aku yang punyaaaa!! yeaahhh!
Jom tengok gambar2 aku kat sana...
![]() |
![]() |
![]() |
| Membaca Jambatan Ilmu (hoiiii! agak2 la nak membaca kat atas bukit tu!) |
![]() |
| Duhai angin... sampaikan salam rinduku pada si dia yang semakin menyepi.... |
![]() |
| Mak Bedah adik Mak Jemah... |
Sampai rumah, masing2 tertidur, kepenatan... Zohor pun dah kul 3 lebih.. dalam kul 5 lebih, encik asben ajak keluar pegi makan steamboat kat Big Spoon Steamboat & Grill.. sempena hari ibu katanya... aduiiii... baru jer pagi tadi bakar lemak, petang cover balik lemak yang dah terbakar tu.. Isk..
Camana nak kurus ni????
Categories
Geng Outdoor Subang Jaya,
hiking,
Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)


















































