Sahabat

Halaman

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan Pacsu. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan Pacsu. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

10 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 10 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat. Aku rasa dah berbulan aku tak join senamrobik IPD SJ yang diadakan setiap pagi Jumaat. Hari ni aku ponteng lagi. Tunggulah bila semuanya dah lega, aku akan join juga macam dulu2, tiap2 minggu tak tinggal.

Bespren aku nama naik untuk senamrobik ni. Pagi2 lagi dah wasap aku pegi ke tak. Masa dia wasap tu, aku masih guling2 lagi, dia dah ada kat IPD standby untuk larian pagi.. Almaklumla tengah peot. Sengaja aku lambat2 bangun mandi.

Aku sampai opis pun ngam2 pukul lapan. Memang tak sempat nak pergi tapau makan. Takpe. Aku ada backup makanan kat opis. Tapi apa-apa aku buat air panas dulu. Buat alas perut.

Dalam pukul 9 lebih, bespren aku tanya dah sarapan ke belum. Aku jawab la jujur, tak makan lagi. Dan2 dia datang hantar makanan yang dia tapau kat opis. Alhamdulillah... Rezeki aku pagi2 ni.

Nasi goreng, ayam sambal, kuih muih, teh o ais. Memang saja nak bagi aku bertambah gemuk bespren aku ni.
Tengahari aku gerak ke Setia City Mall, Klang untuk game bowling PACSU .... Walau belakang aku masih sakit, aku pasrah je la..



Alang-alang dah sampai Klang, balik tu aku melencong ke Meru la.. singgah kedai kek viral Azlina Ina. Tengok2 je?? Mimpi... Rambang mata aku dibuatnya.
 Hoiiii!

Untuk game bowling dan kedai kek viral Azlina Ina tu, nantilah aku buat entry berasingan. Ni aku cerita sikit2 je.

Daaaaaaaaaaaaa!







18 Oktober 2019

Kejohanan Badminton Piala Presiden PACSU

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 18, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Terjoin tanpa sengaja Kejohanan Badminton Piala Presiden Pacsu Malaysia yang dianjurkan oleh IPK Johor.

Sebenarnya bila diorang offer aku main, aku setuju sebab aku ingatkan macam perlawanan persahabatan badminton antara Selangor dengan Johor dua tahun lepas. Sekali bila dah dekat hari game baru tau satu Malaysia ambil bahagian. Pengsan.


Selangor memang tak bersedia dari segi training... Bayangkan kami training sehari je.. itupun tak sampai 2 jam. So.. faham-faham je la.. jangan berani2  tanya kami menang ke kalah. Sebab memang kami kalah. Hahaha



Kalah pun kalah la.. Yang tu kan adat permainan. Yang penting, kita ada masa untuk tenangkan fikiran.. lari dari tugas hakiki. Kah!

04 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya

By Dalia Hassan at Selasa, September 04, 2012 0 comments
Majlis : Jamuan Hari Raya Anjuran Pegawai Awam IPD SJ
Tarikh : 4 September 2012
Lokasi : Dewan IPD SJ

Sempena bulan Syawal ni, memang banyak jemputan rumah terbuka dan juga pejabat terbuka... (bolehla...) Kali ni kami pegawai awam telah mengadakan jamuan hari raya yang telah berlangsung di dewan IPD...

Silalah menjamu mata dengan gambar2 dibawah yer... ada yang aku amik sendiri gambar tu, ada yang aku 'cilok' dari FB IPD SJ... harap empunya gambar tak marah yer... Untuk dikongsikan bersama...

Tuan Che Din & President PACSU Malaysia, En Rahim..

Antara geng trafik.. Satu cawangan tapi lain pejabat dengan aku... Iema, As, Ekin & Kak Wani


Kuih muih yang tak ada satu pun aku yang bawak... ngeeeeee!


Pilih jangan tak pilih....


Menung panjang nampaknya my boss... teringat kat sapa tu?

Jejaka Idaman Malaya



Pak Engku... Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah...

Sarjan Rahimi @ Pak Ngah lah yang balik... ahhaiiii sayang...

Tuan KPD SJ

Puan Juliana, isteri tuan KPD... seorang yang merendah diri... aku suka sangat dia... masa majlis hari tu, serba salah aku dibuatnya bila selepas ucapan dari tuan KPD, dia terus bangun dari meja dia menuju kearah aku untuk bersalaman. Akulah orang pertama yang ditujunya sebelum dia bersalaman dengan yang lain... bersalah sangat... sepatutnya kami yang terlebih dahulu bersalaman dengan dia.. apa2 pun, puan memang terbaikkkk...

2 Khairul... sorang dari balai subang jaya, sorang lagi dari balai sunway...
ha! yang tersengih nampak gigi ni la Baim Wong Celup....
makan.... makan.... jangan malu2...
 








Ninie Celup Celup (NCC) dan Jijah Faizah....

Sumber : FB IPD Subang Jaya, Selangor

28 Jun 2011

Mesyuarat PACSU

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 28, 2011 0 comments
Assalamualaikun semua...

Hari ni, pagi2 lagi aku dah kena pergi ke IPK Selangor coz menghadiri mesyuarat PACSU yang dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Dato' Tun Hisan Tun Hamzah...





Erm.. malas aku nak cerita kat sini, sebab banyak sangat perkara berbangkit.. Hangat, memang hangat. Banyak perkara yang dibincangkan. Mesyuarat berlangsung dari jam 10am dan berakhir lebih kurang 3pm, tanpa henti.. Tapi oleh sebab perut yang lapar dan untuk solat, kami keluar juga lah bergilir2.. Mana tahan dok dalam tu dengan perut yang kosong.. Hehehe..

Tengahari dalam kul 1pm, my good friend, T~Ni sms tanya aku kat mana. Erm.. Rupanya dia pun ada kat IPK coz kena bagi statement pada tatatertib.. Tapi aku tak jumpa dia pun.. Petang baru aku terserempak dengan dia kat opis.. Tapi tak sempat pun nak bercerita kat dia, sebab dia jer yang nak bercakap.. Sibuk cakap nak pindah tempat lain.. Dah boring katanya asyik dok situ jer.. Erm.. Sibuk sangat nak pindah, pergi jer la pindah..pindahlah cepat2 skit... Ada aku kesah? (Bercakap dengan nada kecik ati sebab dia nak tinggalkan kawan baik dia ni kat cni)..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review